Semoga terhibur

Sunday, April 11, 2010

Tentang waktu itu (pt1)

"Yuda, bangun la!!!. "Kau nak bangun atau aku simbah kau (buat muka jahat)?" Di tangan Mimi sudah terpegang kemas sebaldi air. Mimi tahu kalau Yuda dah tidur, tiada sesiapa pun yang boleh bangunkan Yuda. Mimi terpaksa memandikan Yuda setiap pagi, baru Yuda boleh terjaga. "Hoi!!! aku kira 1 sampai 3. Kalau kau tak bangun lagi aku simbah kau dengan air longkang." 1.....2.......2 suku.....2 setengah.....tiigaaa........." Bush!!! Kedengaran air yang menyimbah muka Yuda. Akibat terkejut disimbah dengan air,


Yuda tiba-tiba terbangun lalu tanpa sengaja telah melanggar Mimi yang berdiri hampir denganya.

"Buk!!! Adoi.....sakit la Yuda". Aku kesian dengan suami ko nanti. Apa la, dapat isteri tido mati.


Sorry.....sorry sahabatku. Huhuhu... peace.....(buat muka comel) sapa suruh kau simbah aku dengan air pagi-pagi buta ni...Hahahaha...Padan muka kau yang tak lawa tu". Yuda ketawa dengan kuat sekali setelah melihat muncung Mimi yang boleh ditarik itu. Di tarik-tarik pipi Mimi yang agak berisi itu.

“Yuda, kau ni lupa ke? Kan dah janji nak pergi joging sama-sama. Cepatlah...Kalau tak aku merajuk (buat muka seposen).” Geli hantinya melihat Mimi yang sudah menarik muka masam kerana terjatuh akibat di langgar oleh Yuda.Di pandangnya muka Mimi, comel jugak sahabat baiknya ini.


Tanpa kehadiran Mimi yang membawa salam persahabatan denganya,tak mungkin dia akan berjaya seperti sekarang. Mungkin dia akan jadi Yuda yang lonely. Amal Syuhaidah Binti Mohd Ammar a.k.a Yuda seorang yang selalu kesepian dan keseorangan. Tiada kawan-kawan yang sudi berkawan denganya hanya kerana dia anak seorang pembunuh.Malahan dia selalu dicaci dan di pulaukan oleh rakan-rakan sekolahnya kecuali Mimi. Yuda banyak terhutang budi dengan Mimi dan keluarga Mimi, dikala dia di pulaukan Mimi dan keluarganya tidak jemu membantu dan terus berada disisinya. Yuda rasa diri disyangi dan dihargai.


"Anak pembunuh!!! Anak pembunuh" Masih terdengar lagi suara sumbang yang menggelarnya sebagai anak pembunuh. Sakitnya hanya dia yang tahu.Ayahnya, Mohd Ammar telah disabitkan kesalahan membunuh tanpa niat dan dikenakan hukuman gantung sampai mati.Salahkah kalau seorang insan cuba mempertahankan kesucian insan yang bergelar wanita dari ragut oleh manusia durjana? Salahkah?


Seawal usia 5 tahun, Yuda telah bergelar anak yatim. Bonda tercintanya telah lama meninggalkanya ketika usianya masih merah lagi.Tinggalah Yuda dengan ayahnya. Ayahnya bukanlah orang yang senang. Bekerja sebagai guard di sebuah sekolah yang berhampiran dengan rumahnya. Berapalah sangat gaji ayahnya setakat RM800 sebulan. Walau bagaimanapun mereka tetap hidup dengan bahagia biarpun tanpa bondanya tercinta.... Dialah ayah, dialah bonda, tempat Yuda mengadu. Yuda merupakan seorang ceria, manja, penyayang dan lembut. Di senangi oleh semua orang kerana keperbadianya itu. Malahan Yuda merupakan pelajar harapan sekolah.Cinta yang agung buat arwah bondanya menyebabkan Mohd Ammar tidak pernah mencari penganti Amal Suraya, mamanya. Ketika Yuda merasa rindu sangat dengan arwah mamanya, Yuda membelek seutas rantai berloket peninggalan mamanya. Terdapat gambar mereka sekeluarga didalam loket tersebut.


Pada suatu malam yang durjana itu. Ketika umur Yuda mencecah 17tahun, telah berlaku peristiwa hitam dalam hidup Yuda. Bukan saja dia kehilangan ayahnya, dia turut kehilangan rakan-rakan yang sentiasa menyokongnya selama ini hanya kerana salah paham. Dalam perjalanan ke rumah, ayahnya telah terserempak dengan beberapa orang samseng yang tengah mengganggu seorang wanita. Akibat ingin membantu wanita itu ayahnya telah terlibat dalam pergaduhan. Salah seorang dari samseng itu telah menikam wanita tersebut, dan telah membelasah ayahnya hingga tidak sedarkan diri. Sedar-sedar sahaja ayahnya telah berada di hospital dan dalam tahananan polis kerana disyaki membunuh. Pihak polis tidak tidak dapat mancari bukti yang kukuh untuk menggugurkan dakwaan membunuh tanpa niat keatas ayahnya. Semua bukti yang diterima dari tempat kejadian menunjukkan ayahnya yang melakukan pembunuhan kerana senjata pembunuhan itu berada di tangan ayahnya dan cap jarinya berada di senjata itu.


”Dengan ini mahkamah telah menjatuhkan hukuman keatas Mohd Ammar Syed Bukhari dengan hukuman GANTUNG SAMPAI MATI keatas kesalahan membunuh tanpa niat.” Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Yuda merasakan hidupnya betul-betul gelap. Sudahlah tidak merasa kasih sayang seorang ibu kini kasih sayang ayahnya kini turut diragut. Dimana dia mahu menumpang teduh? Sejak lahir lagi Yuda tidak pernah mengenali keluarga disebelah bonda & ayahnya. Semua ini kepahitan ini ditelan mentah-mentah oleh Yuda. Biarlah hanya dia yang tahu.


”Ayah sayang Yuda. Kasih sayang ayah pada Yuda tidak akan pernah hilang walaupun ayah sudah tiada nanti. Yuda adalah satu-satunya kekuatan ayah untuk meneruskan hidup setelah mama Yuda pergi meninggalkan ayah. Yuda...ayah mintak maaf...Ayah..ayah..terpaksa tinggalkan Yuda sorang-sorang. Maaf, ayah tidak dapat memenuhkan janji ayah untuk menjaga Yuda. ” Yuda hanya mampu menangis. Setiap kata-kata yang terucap itu bagai menghiris-hiris hati kecilnya itu. Yuda tidak mengerti kenapa takdir mempermainkan dia seperti ini. Apa salah ayahnya? Kenapa dunia ini kejam? Kenapa?


Sayu rasa hatinya ketika tangan kasar itu menyeka lembut air mata Yuda yang bersisa di pipinya. ”Sayang...bila ayah tiada lagi, ayah mahu Yuda berjanji dengan ayah ya. Yuda harus kuat dan tabah...Bersabarlah sayang, kerana sabar itu adalah separuh dari iman. Biar apa pun kata-kata nista mereka hemburkan, Yuda harus sabar. Yuda harus sentiasa ingat Tuhan, ingat Allah ketika Yuda merasa diri sudah tidak mampu nak berdiri lagi. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan permurah.. Maha mengetahui. Jangan cepat putus-asa sayang...Ayah tahu...semua ini memberi tamparan hebat buat Yuda tapi ayah tidak pernah menyesal kerana cuba menolong. Semua sudah menjadi ketentuan illahi. Yuda mesti berjaya dalam SPM..Ayah akan sentiasa menjaga dan mendoakan kebahagian Yuda dari sana. Ayah redha....”

”ENCIK MOHD AMMAR SYED BUKHARI!!! Masa anda sudah tamat” . Kedengaran pegawai penjara itu memanggil nama ayahnya. Nafasnya seakan terhenti. Kalau dapat dihentikan waktu ini. Ingin sekali dia mencari pengadilan buat ayahnya, tapi semua sudah terlambat. Bermakna inilah pengakhirnya. Lantas ayahnya mendakap Yuda buat kali terakhir. Mengucup lembut di ubun-ubun Yuda. Sambil membisikkan kata-kata terakhir buat Yuda...

”Sayang.....jangan menangis atas pemergian ayah ya. Doakan ayah..Ayah akan sentiasa berasa disisi Yuda, di hati Yuda. Ayah doakan Yuda akan berjumpa dengan lelaki yang akan menjaga Yuda lebih baik dari ayah. Lelaki yang akan membahagiakan Yuda. Lelaki yang akan sentiasa berada di sisi Yuda disaat Yuda memerlukan Yuda dan menyeka air mata Yuda disaat air mata Yuda mengalir di pipi. Sayu rasa hatinya takkala mendengar kata-kata ayahnya...

”Ayah...Yuda berjanji akan ikut segala nasihat ayah itu. Kata-kata ayah akan Yuda jadikan pegangan hidup Yuda...Yuda sayangkan ayah.....”Walaupun puas ditahan tapi air mata ini tetap masih mahu membasahi pipinya. Untuk sekian kalinya ayahnya menyeka air mata Yuda...Dakapan dieratkan..seperti tidak mahu merelakan pemergian ayahnya....


”Encik, sudah sampai masa.’’ Yuda tersentak dengan teguran pegawai penjara yang telah kemas memegang bahu ayahnya. Air mata ini jatuh lagi. ”Ayah......ayah.........jangan tinggalkan Yuda...Yuda sayang ayah....” Yuda sudah tidak pedulikan orang disekelilingnya. ’’Shhh...sayang.....redhalah dengan pemergian ayah. Ayah pun sayang Yuda’’. Diusap lembut rambut anaknya itu...

Disaat azan subuh berkumandang, menandakan ayahnya sudah pergi menghadap illahi. Pandanganya tiba-tiba gelap dan....’’Cik.......cik.......cik...bangun.....” saat itu matanya seakan-akan enggan dibuka. Biarlah dia hanyut dengan kesengsaraan ini...’’Ayah.... Yuda sayang ayah.’’...........................