Semoga terhibur

Sunday, April 11, 2010

Tentang waktu itu (pt1)

"Yuda, bangun la!!!. "Kau nak bangun atau aku simbah kau (buat muka jahat)?" Di tangan Mimi sudah terpegang kemas sebaldi air. Mimi tahu kalau Yuda dah tidur, tiada sesiapa pun yang boleh bangunkan Yuda. Mimi terpaksa memandikan Yuda setiap pagi, baru Yuda boleh terjaga. "Hoi!!! aku kira 1 sampai 3. Kalau kau tak bangun lagi aku simbah kau dengan air longkang." 1.....2.......2 suku.....2 setengah.....tiigaaa........." Bush!!! Kedengaran air yang menyimbah muka Yuda. Akibat terkejut disimbah dengan air,


Yuda tiba-tiba terbangun lalu tanpa sengaja telah melanggar Mimi yang berdiri hampir denganya.

"Buk!!! Adoi.....sakit la Yuda". Aku kesian dengan suami ko nanti. Apa la, dapat isteri tido mati.


Sorry.....sorry sahabatku. Huhuhu... peace.....(buat muka comel) sapa suruh kau simbah aku dengan air pagi-pagi buta ni...Hahahaha...Padan muka kau yang tak lawa tu". Yuda ketawa dengan kuat sekali setelah melihat muncung Mimi yang boleh ditarik itu. Di tarik-tarik pipi Mimi yang agak berisi itu.

“Yuda, kau ni lupa ke? Kan dah janji nak pergi joging sama-sama. Cepatlah...Kalau tak aku merajuk (buat muka seposen).” Geli hantinya melihat Mimi yang sudah menarik muka masam kerana terjatuh akibat di langgar oleh Yuda.Di pandangnya muka Mimi, comel jugak sahabat baiknya ini.


Tanpa kehadiran Mimi yang membawa salam persahabatan denganya,tak mungkin dia akan berjaya seperti sekarang. Mungkin dia akan jadi Yuda yang lonely. Amal Syuhaidah Binti Mohd Ammar a.k.a Yuda seorang yang selalu kesepian dan keseorangan. Tiada kawan-kawan yang sudi berkawan denganya hanya kerana dia anak seorang pembunuh.Malahan dia selalu dicaci dan di pulaukan oleh rakan-rakan sekolahnya kecuali Mimi. Yuda banyak terhutang budi dengan Mimi dan keluarga Mimi, dikala dia di pulaukan Mimi dan keluarganya tidak jemu membantu dan terus berada disisinya. Yuda rasa diri disyangi dan dihargai.


"Anak pembunuh!!! Anak pembunuh" Masih terdengar lagi suara sumbang yang menggelarnya sebagai anak pembunuh. Sakitnya hanya dia yang tahu.Ayahnya, Mohd Ammar telah disabitkan kesalahan membunuh tanpa niat dan dikenakan hukuman gantung sampai mati.Salahkah kalau seorang insan cuba mempertahankan kesucian insan yang bergelar wanita dari ragut oleh manusia durjana? Salahkah?


Seawal usia 5 tahun, Yuda telah bergelar anak yatim. Bonda tercintanya telah lama meninggalkanya ketika usianya masih merah lagi.Tinggalah Yuda dengan ayahnya. Ayahnya bukanlah orang yang senang. Bekerja sebagai guard di sebuah sekolah yang berhampiran dengan rumahnya. Berapalah sangat gaji ayahnya setakat RM800 sebulan. Walau bagaimanapun mereka tetap hidup dengan bahagia biarpun tanpa bondanya tercinta.... Dialah ayah, dialah bonda, tempat Yuda mengadu. Yuda merupakan seorang ceria, manja, penyayang dan lembut. Di senangi oleh semua orang kerana keperbadianya itu. Malahan Yuda merupakan pelajar harapan sekolah.Cinta yang agung buat arwah bondanya menyebabkan Mohd Ammar tidak pernah mencari penganti Amal Suraya, mamanya. Ketika Yuda merasa rindu sangat dengan arwah mamanya, Yuda membelek seutas rantai berloket peninggalan mamanya. Terdapat gambar mereka sekeluarga didalam loket tersebut.


Pada suatu malam yang durjana itu. Ketika umur Yuda mencecah 17tahun, telah berlaku peristiwa hitam dalam hidup Yuda. Bukan saja dia kehilangan ayahnya, dia turut kehilangan rakan-rakan yang sentiasa menyokongnya selama ini hanya kerana salah paham. Dalam perjalanan ke rumah, ayahnya telah terserempak dengan beberapa orang samseng yang tengah mengganggu seorang wanita. Akibat ingin membantu wanita itu ayahnya telah terlibat dalam pergaduhan. Salah seorang dari samseng itu telah menikam wanita tersebut, dan telah membelasah ayahnya hingga tidak sedarkan diri. Sedar-sedar sahaja ayahnya telah berada di hospital dan dalam tahananan polis kerana disyaki membunuh. Pihak polis tidak tidak dapat mancari bukti yang kukuh untuk menggugurkan dakwaan membunuh tanpa niat keatas ayahnya. Semua bukti yang diterima dari tempat kejadian menunjukkan ayahnya yang melakukan pembunuhan kerana senjata pembunuhan itu berada di tangan ayahnya dan cap jarinya berada di senjata itu.


”Dengan ini mahkamah telah menjatuhkan hukuman keatas Mohd Ammar Syed Bukhari dengan hukuman GANTUNG SAMPAI MATI keatas kesalahan membunuh tanpa niat.” Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Yuda merasakan hidupnya betul-betul gelap. Sudahlah tidak merasa kasih sayang seorang ibu kini kasih sayang ayahnya kini turut diragut. Dimana dia mahu menumpang teduh? Sejak lahir lagi Yuda tidak pernah mengenali keluarga disebelah bonda & ayahnya. Semua ini kepahitan ini ditelan mentah-mentah oleh Yuda. Biarlah hanya dia yang tahu.


”Ayah sayang Yuda. Kasih sayang ayah pada Yuda tidak akan pernah hilang walaupun ayah sudah tiada nanti. Yuda adalah satu-satunya kekuatan ayah untuk meneruskan hidup setelah mama Yuda pergi meninggalkan ayah. Yuda...ayah mintak maaf...Ayah..ayah..terpaksa tinggalkan Yuda sorang-sorang. Maaf, ayah tidak dapat memenuhkan janji ayah untuk menjaga Yuda. ” Yuda hanya mampu menangis. Setiap kata-kata yang terucap itu bagai menghiris-hiris hati kecilnya itu. Yuda tidak mengerti kenapa takdir mempermainkan dia seperti ini. Apa salah ayahnya? Kenapa dunia ini kejam? Kenapa?


Sayu rasa hatinya ketika tangan kasar itu menyeka lembut air mata Yuda yang bersisa di pipinya. ”Sayang...bila ayah tiada lagi, ayah mahu Yuda berjanji dengan ayah ya. Yuda harus kuat dan tabah...Bersabarlah sayang, kerana sabar itu adalah separuh dari iman. Biar apa pun kata-kata nista mereka hemburkan, Yuda harus sabar. Yuda harus sentiasa ingat Tuhan, ingat Allah ketika Yuda merasa diri sudah tidak mampu nak berdiri lagi. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan permurah.. Maha mengetahui. Jangan cepat putus-asa sayang...Ayah tahu...semua ini memberi tamparan hebat buat Yuda tapi ayah tidak pernah menyesal kerana cuba menolong. Semua sudah menjadi ketentuan illahi. Yuda mesti berjaya dalam SPM..Ayah akan sentiasa menjaga dan mendoakan kebahagian Yuda dari sana. Ayah redha....”

”ENCIK MOHD AMMAR SYED BUKHARI!!! Masa anda sudah tamat” . Kedengaran pegawai penjara itu memanggil nama ayahnya. Nafasnya seakan terhenti. Kalau dapat dihentikan waktu ini. Ingin sekali dia mencari pengadilan buat ayahnya, tapi semua sudah terlambat. Bermakna inilah pengakhirnya. Lantas ayahnya mendakap Yuda buat kali terakhir. Mengucup lembut di ubun-ubun Yuda. Sambil membisikkan kata-kata terakhir buat Yuda...

”Sayang.....jangan menangis atas pemergian ayah ya. Doakan ayah..Ayah akan sentiasa berasa disisi Yuda, di hati Yuda. Ayah doakan Yuda akan berjumpa dengan lelaki yang akan menjaga Yuda lebih baik dari ayah. Lelaki yang akan membahagiakan Yuda. Lelaki yang akan sentiasa berada di sisi Yuda disaat Yuda memerlukan Yuda dan menyeka air mata Yuda disaat air mata Yuda mengalir di pipi. Sayu rasa hatinya takkala mendengar kata-kata ayahnya...

”Ayah...Yuda berjanji akan ikut segala nasihat ayah itu. Kata-kata ayah akan Yuda jadikan pegangan hidup Yuda...Yuda sayangkan ayah.....”Walaupun puas ditahan tapi air mata ini tetap masih mahu membasahi pipinya. Untuk sekian kalinya ayahnya menyeka air mata Yuda...Dakapan dieratkan..seperti tidak mahu merelakan pemergian ayahnya....


”Encik, sudah sampai masa.’’ Yuda tersentak dengan teguran pegawai penjara yang telah kemas memegang bahu ayahnya. Air mata ini jatuh lagi. ”Ayah......ayah.........jangan tinggalkan Yuda...Yuda sayang ayah....” Yuda sudah tidak pedulikan orang disekelilingnya. ’’Shhh...sayang.....redhalah dengan pemergian ayah. Ayah pun sayang Yuda’’. Diusap lembut rambut anaknya itu...

Disaat azan subuh berkumandang, menandakan ayahnya sudah pergi menghadap illahi. Pandanganya tiba-tiba gelap dan....’’Cik.......cik.......cik...bangun.....” saat itu matanya seakan-akan enggan dibuka. Biarlah dia hanyut dengan kesengsaraan ini...’’Ayah.... Yuda sayang ayah.’’...........................

Tuesday, March 16, 2010

Penat betol la....

Hari ni penat sangat...

Hari ni banyak keje la..
Pagi-pagi lagi dah banjir..huhuhuhuhuhu...........
Habis basah bag keje aku...Sebenarnya pagi tadi aku terlupa nak ketatkan
penutup botol air tu yang banjir bag aku tu...
Nasib baik handset dan brg-brg lain boleh diselamatkan lagi, kalo tak.....MAMPOS!!!!
Kelakarkan, aku dari rumah xperasan langsung 
bag tu dah penuh dengan air, sampa jer loker, aku letak bag dekat sisi pintu loker,
tiba-tiba jer ader air menitis dari bag aku..
ALAMAK!!!!!!!!!!!!
BANJIR SIOT!!!!!!!! Hehehehehehe...nak buat macam maner...
Kwn2 aku semua dah terbahak2 ketawakan aku..

Baju aku basah sikit, nasib baik stokin x kene air kalo tak jadi 
minah indon ar tak pakai stokin...
Masuk jer office, aku pakai stokin ar..
MInum air kejap....borak-borak baru masuk kerja..
Huhuuhuhu..pakar mengulo...
Jangan marah BOSS!!! Hehehehehe....

Bos x dtg hari ni, Mc. Kesian Boss, sakit yer..
Lepas break pagi, aku dah kene stanby kan dokument...
Pukul 10.30 pg ader meeting dengan org-org "Bosan"...
Huhuhuhuhu.
Tak boleh buat aper dah memang aku bosan pon kalo jumper org-org ini.

Bla.Bla..........Bla............
Blaa..........Bla...........Blla.................
Pukul 11.30pg habis meeting..Yahoo!!!
Ngantok siot.
Ishh....bertambah ler kejaan aku.....

Tengahari biasa aku tak break.. Cari tempat strategik utk buat "bijih timah"....
Huhuhuhuhuhu.........Ngantok a..Waktu-waktu mcm ni le setan bergayut kat kelopak mata 
aku, kasi mate aku ni berat jerk nak bukak.. Dah dapat cari "port-port rahsia" mula la dengan 
aktiviti melombong timah..Huhuhuhhuhu....

Sedang aku tengah sedap-sedap melombong, Tiba-tiba jerk 
pintu di tolok dengan kuat..Fuh!!! Hilang nikmat nak sambung melombong...
Menyampah betul dengan makhluk yg bukak pintu tu...
Kacau jerk....

                                                                                to be continue.........

Friday, March 12, 2010

Bunga Dulang Stokin - Gold, Coklat & Cream

Buat bunga dulu...Penat nyer...... Sakit tangan gulung dawai ni...huhuhuhu


 Erm..byk jugak bunga dah siap...

Riben warna coklat, cream...Nak diletakkan pada bunga stokin nanti...

Huh!!! Buat byk2 nanti senang tinggal pasang jerk..


Fokus sikit kat bunga, kasi nampak mcm dramatik..huhuuhuhu


Tara........dah siap. Cantik tak? Ni bunga dulang stokin untuk pertunangan aku..uhhuhuhu................

Ni yang dah siap..penat....


Sesape yang ingin membuat tempahan untuk gubahan buga stokin, boleh hubungi love k.

Monday, February 22, 2010

I WILL BE _ AVRIL

I WILL BE

There's nothing I could say to you
Nothing I could ever do to make you see
What you mean to me
All the pain, the tears I cried
Still you never said goodbye
And now I know how far you'd go

I know I let you down
But it's not like that now
This time I'll never let you go

I will be all that you want
And get myself together
'coz you keep me from falling apart
All my life
I'll be with you forever
To get you through the day
And make everything okay

I thought that I had everything
I didn't know what life could bring
But now I see, honestly
You're the one thing I got right
The only one I let inside
Now I can breathe 'coz you're here with me

And if I let you down
I'll turn it all around
'coz I will never let you go

I will be all that you want
And get myself together
'coz you keep me from falling apart
All my life
I'll be with you forever
To get you through the day
And make everything okay

'coz without you I can't sleep
I'm not gonna ever ever let you leave
You're all I've got
You're all I want

Yeah
And without you
I don't know what I'd do
I could never ever live a day without you
Here with me do you see
You're all I need

And I will be all that you want
And get myself together
'coz you keep me from falling apart
All my life (my life)
I'll be with you forever (forever)
To get you through the day
And make everything okay (okay)
I will be all that you want (I'll be)
And get myself together (get myself together)
'coz you keep me from falling apart

And all my life
You know I'll be with you forever
To get you through the day
And make everything okay

Saturday, February 20, 2010

Hari ini kene keje...


Aslm,

Hi all.. Selamat pagi semua. Fuh hari ni kene keje beb. Dah le hari sabtu. huhuhuhu........Tapi x per la boleh dapat duit lebih sikit.

Ishhh....berkumandang lagu "Hello..hello - Paramore" dengan super volume...menandakan waktu untuk bangun. Yele aku ni biler dah todo.. Tak ingat dunia. Awal sey bangun.Pukul 5am dah kene bangun kang tertiggal la plak transport. Kalo ader sape-sape yg sudi menghantar tak po. Ni cik abang sayang pon jauh...Kalo x boleh jadi driver jap.huhuhuhu(sorry sayang)..

Siap je mandi mande....dapat sms dari ''Sya'' suruh pakai baju yang kiteorang beli tu. Sorry beb aku dah basuh baju tu malam tadi..huhuhuhuhu..Jgn marah.. nanti aku jual ko nanti..
Sampai je tempat koje...Pegi beli bahan-bahan untuk mengunyah dulu..Penting tu kalo tak, tertido la aku depan pc nanti. Huhuhuhu...(x boleh tahan a..pagi-pagi lagi aku dah mengantok tahap dewa).

Dan skrang....aku tengah termenung depan pc sambil menulis new post untuk blog aku...huhuhuhu....

TO BE CONTINUE........


Friday, February 19, 2010

Hari-hari kerje........

 

Uihhh.....sakit pinggang....... 

~ Hari ni datang kerje, kite minum dulu....
~ Lepak dengan kengkwan dulu....biase ler gosip sane gosip sini...ala utk menajamkan fikiran,
~ Rase dah bosan, baru start nak pergi kat meja kerje....
~ On kan PC, check email yg kengkwn send....
~ Surf internet, facebook, twitter dan pelbagai lagi ler....
~ Pusing kanan, pusing kiri, check line clear x?........
~ Nampak bos baru.......bukak file, cari report mane nak dibuat dulu......
~ Bagi senyuman menawan kat bos sambil ucap.... GOOD MORNING BOS...huhuhuhuhu....
~ Gosip dgn boss jap....kan sharing is caring.......
~ Sambung buat report...ishhh diaorg ni, lambat nyer hantar report kat aku, boss nak report sblum 8.30am...
~ Sakit plak hati ni......
~ Nak membebel takut menanah plak diorg nyer telingga....
~ Member pernah ckp " Ko ni ckp sampai ke hati siot...PEDAS ''....hehheehehe....
~ Nak buat mcm maner, aku ni relax orgnyer tapi biler dah panas....xxxxMELETOPxxxx
~ Wah...wah...wah...sory guys sape suruh panaskan hati aku.....
~ Alamak, lupe plak nak g break.........Jom mkn dulu...huuuu....
~ TO BE CONTINUE.....love_hurt

Thursday, February 18, 2010

Cinta itu?


Cinta itu?

Ade org ckp cinta itu buta, Butakah?
Ade org ckp cinta itu manis, maniskah?
Ade org ckp cinta itu pahit, Pahitkah?
Ase org ckp cinta itu menyakitkan, Sakitkah?

Bagi aku cinta itu universal.
Cinta itu buta, manis, pahit dan sakit...
Asam garam percintaan...

Cinta itu buta, x kenal rupa, bentuk fizikal
..mcm2 ader....
Cinta itu manis, ketika asyik di buai saat2 indah ketika bercinta..erm....semue org merasakanya..kan..
Cinta itu pahit, biler ader jer perkare yg x mnyenangkan semasa bercinta..bergaduh sebab perkara yg x
munasabag...hi....
Cinta itu menyakitkan, biler cinta yg dibina dengan kasih sayang tulus ikhlas dan kepercayaan dinodai
dengan kecurangan....ader yg cinta bertepuk sebelah tangan dan ader jugak cinta tak terucap....

Inilah penangan C.I.N.T.A..penuh pancaroba....
Hanya yg betul2 kuat cintantanya, saling memahami, menghormati, saling mempercayai, bertolak ansur,
terima seadanya akan berjaya membawa cinta mereka ke tahap yg lebih tinggi...''

Semoga semua manusia yg bercinta di dunia ini mendapat cinta yg tulus ikhlas...